Sebelum ini, Elly Mazlein enggan mendedahkan butiran mengenai perceraian beliau dengan bekas suaminya Azmi Hatta.
Namun, setiap hari Elly dihimpit dengan pelbagai gosip yang membuatkan
ada pihak yang menyangka Elly adalah penyebab utama rumah tangganya
runtuh. Baru-baru ini, tersebar fitnah dimana kononnya Elly diceraikan
kerana curang bersama lelaki lain.
Berikut penjelasan Elly mengenai fitnah yang sudah tersebar itu :-
Saya mengelakkan publisiti yang tidak mendatangkan manfaat kerana mahu menjaga aib diri dan bekas suami. Bagaimanapun semakin saya berdiam diri, semakin banyak cerita yang tidak betul sampai ke telinga saya. Lebih-lebih lagi selepas saya membuat kemunculan semula dalam industri hiburan.Baru-baru ini saya dapat tahu tersebar fitnah yang kononnya bekas suami menceraikan saya kerana dia ‘tangkap’ saya dengan lelaki lain sewaktu saya menjalani penggambaran untuk sebuah drama di Pulau Langkawi.Teringin juga saya nak tahu siapakah lelaki yang ditangkap bersama-sama saya itu? Sedangkan ketika itu, bekas suami datang membuat kejutan di hotel penginapan ketika saya sedang menjalani penggambaran selama sebulan di pulau berkenaan.
Elly mengakui beliau yang ingin bercerai kerana tahu rumah tangga mereka
tidak mampu untuk diselamatkan lagi. Mereka juga sering bertengkar.
Malah, Elly mendedahkan selepas bercerai Azmi langsung tidak bertanyakan
khabar beliau dan anak didalam kandungan sedangkan Azmi berjanji untuk
menjaga beliau sehingga habis tempoh berpantang.
Azmi juga bertindak untuk meninggalkan Elly bersendirian dan anaknya
yang baru sahaja lahir yang pada waktu itu terkena demam kuning.
Sepanjang perceraian saya, bekas suami langsung tidak bertanya khabar sehinggalah Sefhia lahir. Saya yang sedang sarat mengandung memandu sendirian ke hospital pada hari pemeriksaan kandungan.Saya dimasukkan ke bilik bersalin pada 1 tengah hari sebelum melahirkan anak pada 6.35 petang. Saya ditempatkan ke wad dalam pukul 8 malam. Kira-kira pukul 10 malam, bekas suami sudah sibuk mahu pulang. Sedangkan sebelum itu, dia sudah berjanji untuk menjaga saya hingga selepas habis berpantang.Saya merayu kepadanya untuk tidak meninggalkan saya (ketika itu) tetapi tidak dilayan. Lebih-lebih lagi selepas Sefhia terkena demam kuning.
Walaubagaimanapun, Elly sedikit pun tidak menyimpan rasa dendam ataupun
marah tetapi beliau agak terkilan dengan perubahan sikap Azmi ketika
itu.
Elly pada masa yang sama memberitahu beliau sudah halalkan wang hantaran
bernilai RM 11,111,11 yang sehingga kini tidak diserahkan oleh Azmi
kepada beliau.
Saya tak marah. Itu adalah perkara yang harus saya telan. Cuma saya tidak sangka dia boleh jadi (bertukar sikap) macam itu. Selama ini saya tidak pernah berkira. Tak sangka saya dibalas sebegitu rupa. Kalau saya berkira, saya akan ungkit tentang wang hantaran (berjumlah RM11,111,11) yang belum lagi saya dapat sampai ke hari ini. Tak apa saya halalkan semua itu.
Elly harap tiada lagi pihak yang memburukkan beliau dan bercerita
tentang perkara tidak benar mengenai penceraiannya. Buat masa ini beliau
tidak akan mengambil tindakan undang-undang tetapi akan melakukan
perkara itu jika ia sudah melampaui batas.
0 Response to "Elly Mazlein Dedah Punca Bercerai : Nafi Dakwaan Beliau Kononnya Curang Pada Bekas Suami "
Post a Comment