PETALING JAYA: Terdapat satu cara baru untuk ‘dating’ dan ia dipanggil mencari jodoh secara cepat dan halal, dimana ianya merupakan platform untuk mencari jodoh berdasarkan sunnah di dalam Islam.
Tiga sahabat iairu Norhayati Ismail, Zuhri Yuhyi dan Syed Azmi Alhabshi, datang dengan idea ‘dating’ dalam masa yang singkat menurut Islam sebagai satu cara untuk membantu rakan-rakan mencari pasangan.
Norhayati, 40 tahun, berkenalan dengan suaminya menerusi online dan berkahwin dua bulan kemudian. Zuhri, 34 tahun, menemui isterinya menerusi cari jodoh manakala Syed Azmi, 38 tahun yang masih bujang, menyokong idea tersebut.
“Kami fikir jika ianya berjaya untuk kita, ia juga akan berjaya untuk orang lain, ” kata Norhayati.
Jangan risau, kerana acara cari jodoh itu menjanjikan “cara yang terbaik dan paling selamat ” untuk mencari bakal pasangan.
Menurut laman web tersebut, pihak penganjur menekankan kepentingan interaksi antara calon-calon yang diselia oleh seorang wali (penjaga perempuan), mahram (darah yang berkaitan dengan keluarga terdekat) dan seorang pengiring.
Dengan bayaran RM45, peserta yang berminat boleh terus menyertai untuk berjumpa dan mencari pasangan hidup yang sempurna.
Wali, mahram dan pengiring dikenakan RM30 setiap seorang. Penyelia akan berada di acara tersebut untuk memastikan kelakuan baik antara calon.
Pasti ada yang akan berfikir bahawa acara cari jodoh ini hanya untuk mereka yang Islam, tetapi Norhayati berkata sebaliknya..
“Bagaimana jika orang bukan Islam mahu mencari seorang isteri Muslim? Kita tidak boleh menutup pintu. Atau bukan Islam mahu belajar apakah cara yang betul memikat (dalam Islam). Oleh itu, kami membuka pintu untuk sesiapa sahaja,” tambahnya lagi.
Norhayati berkata, seramai 50 lelaki dan 50 wanita terpilih akan diperkenalkan dan akan diberi tazkirah oleh pengasas iMuslim Pusat Daawah Islam, Shazly Khan, mengenai dating atau mencari jodoh menurut Islam, di Damansara Perdana Sabtu ini .
Tambah Norhayati, sambutan yang diterima amat memberangsangkan.
“Ruangan kami adalah terhad memandangkan ini hanyalah pelancaran. Matlamat kami adalah untuk menjadi tuan rumah acara yang lebih besar pada masa akan datang. Kami mahu orang ramai memahami apa yang membuatkan kami berbeza daripada perkhidmatan mencari jodoh yang lain, ” katanya.
The Star
0 Response to "Nak cari jodoh dengan cepat dan secara halal? Kami Ada Jawapannya!"
Post a Comment