Selain Stacy, sebenarnya wujud orang ketiga di dalam hubungan mereka
namun menurut Akim Ahmad, ia bukan penghalang untuk terus mencintai
kekasih hatinya itu. Orang ketiga yang dimaksudkan tersebut ialah anak
angkat kepada Stacy sendiri iaitu Bella Deluna Valentina.
Akim mengakui tiada langsung wujud perasaan cemburu terbit di hatinya
setiap kali Stacy memberikan perhatian kepada Bella kerana beranggapan
bahawa naluri keibuan yang ada pada Stacy perlu ada pada setiap wanita#.
Saya tidak pernah cemburu jika Stacy memberikan tumpuan kepada Bella
kerana sememangnya ciri keibuan itu perlu ada. Saya menerima seadanya
kehadiran Bella dan ia tidak mendatangkan masalah kepada saya. #Bella
juga memanggil saya dengan panggilan daddy
Salah satu kegemaran Bella adalah bermain kereta api di pusat membeli
belah dan dia juga gemar bermain permainan di #iPad. Biasalah
budak-budak zaman sekarang memang terdedah dengan arus teknologi
terkini, kata Akim.
Selain itu, bagi Stacy pula, dia menceritakan rahsia bagaimana dirinya berjaya mencuri hati Akim iaitu melalui masakan
Saya pun tak sangka berjaya menambat hati dia melalui masakan. Mulanya
bila Akim beritahu dia suka makan pisang raja yang digoreng tanpa tepung
dan disapu mentega, #saya agak pelik. Dia menggelar masakan tersebut
sebagai Janda Kelesa Pisang
Apabila siap, saya sendiri menggemari makanan itu dan tidak sangka mampu
menyediakannya seperti yang disukai Akim, katanya sambil memberitahu
Akim juga pernah meminta Stacy untuk memasak juadah lain seperti tomyam
dan sup
0 Response to "Kesian !!! BARU SAJA HONEYMOON .. INI YANG AKIM SANGGUP KATAKAN PADA STACY ..??"
Post a Comment