Najib Razak : "Kenapa Terima BR1M Kalau Tak Nak GST"

“Kita harus memahami bukan hasrat kerajaan mahu susahkan rakyat, kita perkenalkan GST dengan menambahkan BR1M umpamanya sebanyak RM300, malangnya bila dah dapat duit banyak yang senyap.

“Sebaliknya kalau barang naik sikit, timbul rungutan. Kita dah sedar ada sedikit sebanyak kenaikan harga tetapi ada timbal balasnya yang diberikan kerajaan melalui kenaikan BR1M, pengurangan cukai pendapatan satu hingga tiga peratus, pengurangan cukai korporat dan sebagainya,”

Kurang cerdiknya sebab dia benar-benar yakin BR1M yang diberikannya kepada rakyat Malaysia yang terpilih berjumlah lebih kurang 7.5 Juta orang itu mampu mengurangkan beban rakyat..


Walaupun jumlah BR1M itu dinaikkannya ianya telah dipecah kan kepada 3 kali pemberian, kebanyakkannya menerima RM200 pada pemberian pertama, RM200 lagi pada pemberian kali kedua dan bakinya pada kali ketiga.

Ianya memang tidak cukup untuk menampung perbelanjaan rakyat sepanjang tahun.. tetapi adakah BR1M itu cukup untuk menampung GST yang terpaksa rakyat bayar setiap hari?

Dalam masa yang sama Najib perlu tahu bukan seluruh rakyat Malaysia yang berjumlah hampir 30 Juta itu menerima BR1M tapi hanya 7.5 Juta sahaja.. lebih kurang 25% rakyat saja..

Paling ketara ialah BR1M dibayar kerajaan kepada rakyat setahun tiga kali.. GST pula terpaksa dibayar oleh rakyat kepada kerajaan selagi hayat dikandung badan ataupun dari mula beranak sampai mati..

Rakyat bising kerana kenaikkan harga gagal di kawal oleh Kerajaan malah ada kes yang memperlihatkan Kerajaan tunduk kepada kemahuan puak kapitalis sedangkan kuasa di tangan kerajaan.. contohnya isu Pre Paid.

0 Response to "Najib Razak : "Kenapa Terima BR1M Kalau Tak Nak GST""

Post a Comment