Tahniah!! Bonus Sebulan Gaji Kepada 17,534 Orang Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Sempena Aidilfitri


Kerajaan Negeri Selangor hari ini melalui kenyataan siaran media telah mengumumkan pemberian Imbuhan Tahunan Sempena Hari Raya Eidul Fitr 1436 H / 2015 M.

Melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Facebook rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali semua kakitangan kerajaan negeri seramai 17,534 orang akan menerima imbuhan berkenaan.

Imbuhan tersebut akan dibayar pada 9 Julai 2015.

Menurut kenyataan Azmin, imbuhan tahunan ini adalah bagi menghargai khidmat yang telah diberikan oleh semua penjawat awam Negeri dalam melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri secara profesional dan berintegriti ke arah Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli. -Siakapkeli.my

0 Response to "Tahniah!! Bonus Sebulan Gaji Kepada 17,534 Orang Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Sempena Aidilfitri"

Post a Comment