Inilah Luahan Rindu Dari Zamarul Hisham Kepada Diana Rafar Yang Pasti Mengejutkan Anda Semua...


Orang yang jauh lagi dikenang, apatah lagi bekas isteri. Okay, maafkan kami jika pepatah salah tapi apa kami ingin sampaikan di sini ialah Zamarul Hisham sendiri meluahkan perasaan rindu terhadap bekas isterinya, Diana Rafar baru-baru ini. Tengah-tengah hujan pula rindunya ya abang Zamarul?


Jika kami imbas kembali kenyataan Diana sebelum ini, dia menyerahkan sepenuhnya hala tuju perhubungan mereka kepada qada’ dan qadar dan dalam masa yang sama redha sekiranya masih ada rezeki di antara mereka berdua.

Malah komen yang ditinggalkan peminat Zamarul dan juga Diana, rata-rata mendoakan agar hubungan pasangan ini kembali bertaut malah perkara tersebut turut membuatkan Zamarul tersentuh ketika membalas komen-komen tersebut. Jika anda mahu komen juga, boleh pergi ke Instagram Zamarul. Jangan komen nakal-nakal ya.

Apa-apa pun, bak kata Diana, ketika ini merupakan masa untuk mereka muhasabah diri dan kami percaya jika masing-masing dapat menerima dan memaafkan kesalahan pasangan, tidak mustahil Zamarul dan juga Diana akan kembali bersatu. Macam kaunselor pula. Gurau saja.-rotikaya

0 Response to "Inilah Luahan Rindu Dari Zamarul Hisham Kepada Diana Rafar Yang Pasti Mengejutkan Anda Semua..."

Post a Comment