Para Ibubapa Mesti Tahu 6 Kebaikan Bermain Air Untuk Anak-Anak Anda.Biarkan Mereka Basak!!
Tahukah anda bahawa air bukan setakat boleh dibuat main begitu sahaja, tetapi air boleh dijadikan bahan permainan anak-anak bagi meransang skil serta tumbesaran anak-anak?
Saya akan kongsikan rahsia bermain air untuk anak-anak agar selepas ini kita tidak lagi marah-marah jika anak bermain air.
Kebaikan Bermain Air
1. Anak kita adalah pemerhati yang hebat!
Anak-anak sebesar 2 hingga 6 tahun biasanya sangat teruja kepada sesuatu. Mereka mahu tahu apakah rasanya, bagaimanakah rupanya jika dipegang, bolehkah ia ditendang dan sebagainya. Benar, kita sangat marah saat anak membuatkan bilik air kita banjir.
Tahukah anda bahawa anak ini sedang mempelajari bahawa setiap yang berlaku ada sebab dan akibatnya (cause and effect). Oh, jika saya tutup lubang ini, air tidak boleh lalu. Maka, bilik air akan dipenuhi air!
Bermain air adalah gabungan pembelajaran yang berkesan dan menghiburkan. Ambil contoh air yang dipenuhi buih. Lihat korrdinasi mata anak-anak. Mereka belajar fokus dan dalam masa yang sama gembira dengan permainan air ini.
2. Air, skil bahasa dan komunikasi yang baik
Apabila anak bermain air, anak tidak akan bermain tanpa suara. Pasti dia akan bercakap dan berkomunikasi sambil bermain. “ Eh, buih lah!” “ Buih itu terbang tinggi.” Kita sebagai ibu bapa juga akan sentiasa berkomunikasi dengan anak semasa bermain. “ Wafi, hati-hati main air.”
Bukan sekadar bermain, anak mula mengumpul perbendaharaan kata. Skil bahasanya bertambah baik dan komunikasinya semakin lancar.
3. Air, matematik dan sains
Apakah kaitan air, matematik dan sains? Apabila anak adalah pemerhati yang baik dan bijak, dia akan sentiasa peka dengan keadaan sekelilingnya. Dia mula merasa sejuk atau panas air itu.
Di juga akan belajar menyukat air dengan menggunakan bekas yang besar kemudian memasukkannya pula ke dalam bekas yang kecil. Anak juga akan melihat ada benda yang terapung dan juga ada yang tenggelam. Ini semua adalah matematik dan sains yang dipelajari secara tidak lansung. Sungguh menakjubkan!
4. Air dan perkembangan fizikal
Bermain air dapat meransang perkembangan fizikalnya. Ketika bermain, semua anggota badan akan bergerak. Tangan akan menuang dan menyimbah air, kaki akan melangkah ke sana dan ke sini, kadangkala anak juga akan melompat sambil melihat percikan air yang mengujakan.
Dengan pergerakan besar ini, akan meransang pula perkembangan motor halusnya. Di masa hadapan, ia akan memudakan anak untuk memegang pensel dan meransangnya menulis dengan baik.
5. Air dan perkembangan kreatif
Apabila anak bermain air, dia sentiasa akan berfikir. Mungkin dia berimaginasi sedang menyiram pokok atau membasuh kereta. Ini sangat bagus untuk perkembangannya.
6. Air dan ketenangan
Air boleh menjadi satu benda yang menenangkan. Apabila anak mula buat hal, tidak dapat ditenangkan lagi, dan ibu bapa mati akal untuk menenangkannya, cuba mandikan anak itu. Mainlah bersama-samanya dan mula bercakap lembut dengannya. Ia akan membantu menenangkan dan sekali gus menjadikannya satu permainan untuk anak.
Akhir kata
Semoga panduan ini dapat memberikan manfaat kepada anda. Pastikan anak sentiasa berada dalam keadaan selamat ketika bermain air. Jika ada masa, ajar anak berenang kerana banyak faedahnya.
sumber
0 Response to "Para Ibubapa Mesti Tahu 6 Kebaikan Bermain Air Untuk Anak-Anak Anda.Biarkan Mereka Basak!!"
Post a Comment