Tahukah Anda!! Ini Maksud Sebenar Disebalik Warna Air Kencing Yang Ramai Tidak Ketahui...
Selalunya, kita buat tidak peduli bukan?. Namun, tahukah anda bahawa setiap warna air kencing itu membawa makna dan maksud yang tertentu? Dan yang lebih penting, ia membawa maklumat penting pada tahap kesihatan? Silap-silap, kita sebenarnya ada penyakit yang kita sendiri tidak tahu.
Contohnya, jika air kencing putih jernih, ia bermaksud kita terlalu banyak minum air.
Kadang-kadang kencing merah menunjukkan penyakit buah pinggang atau jangkitan saluran kencing. Namun, ia juga mungkin bahawa anda baru sahaja makan makanan dengan pigmen tertentu. Sebagai contoh, makan bit boleh menyebabkan beeturia – lalu terjadi air kencing merah atau merah jambu kerana sebatian yang dikenali sebagai betanin sayuran.
Infografik warna air kencing
Air kencing manusia bukan sekadar najis dan kotoran semata-mata. Allah telah ciptakan air kencing sebagai satu ‘cecair‘ berguna untuk diagnosis sejak zaman permulaan perubatan. Lihat, tidak ada ciptaan Allah yang sia-sia!
Warna, ketumpatan, dan bau air kencing boleh mendedahkan banyak tentang keadaan kesihatan kita. Di sini, adalah beberapa perkara yang boleh kita pelajari dari warna air kencing. Perkara yang selalu kita abaikan.
Sumber infografik dari Klinik Cleveland di bawah ini sangat berguna. Ia memberikan informasi dalam bentuk grafik tentang warna air kencing. Sudah tentu, jika anda bimbang tentang warna air kencing anda, disyorkan agar segera berjumpa doktor berdekatan dengan rumah untuk pemeriksaan lanjut.
sumber
0 Response to "Tahukah Anda!! Ini Maksud Sebenar Disebalik Warna Air Kencing Yang Ramai Tidak Ketahui..."
Post a Comment