BONGKAR!!! Bukan 7 Tetapi 25 Orang Anak Orang Asli Yang Hilang Pada 23 Ogos Lalu

@@@Kisah kehilangan 7 orang murid anak Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Tohoi terus menimbulkan banyak persoalan dikalangan rakyat Malaysia. Masing-masing tercari-cari apakah punca sebenar yang berlaku sehingga melibatkan 7 orang kanak-kanak ini melarikan diri dari sekolah mereka......

@@Pendedahan yang dilakukan oleh pihak polis Kelantan kelmarin memang mengejutkan. Benar, memang mereka melarikan diri dari sekolah berikutan bimbang akan dihukum oleh warden dan guru sekolah berkenaan kerana mandi di sungai berhampiran sekolah tersebut.


@@@Namun sebenarnya, bukan 7 orang sahaja yang bertindak melarikan diri daripada sekolah berkenaan. Sebenarnya, 25 orang kanak-kanak telah merancang untuk melarikan diri dari sekolah berkenaan pada 23 Ogos lalu. Puncanya, mereka takut dihukum kerana pada hari sebelum kehilangan murid-murid berkenaan, 3 orang murid telah dipanggil oleh guru dan warden sekolah berkenaan untuk menyiasat kebenaran dakwaan mereka keluar dari asrama untuk mandi sungai............

@@@Setelah disoal siasat, ketiga-tiga mereka mengaku keluar untuk mandi disungai dengan disertai oleh 22 orang pelajar yang lain termasuk 7 orang kanak-kanak malang ini. Sebaik pulang keasrama, ketiga-tiga mereka memberitahu kepada 20 orang yang lain bahawa guru berkenaan akan menghukum mereka atas kesalahan yang mereka lakukan pada 21 Ogos lalu...............

@@@Akhirnya, 23 orang pelajar berkenaan nekad melarikan diri dari asrama sekolah berkenaan untuk pulang kekampung masing-masing pada awal pagi 23 Ogos manakala hanya 2 orang sahaja yang enggan mengikut rakan-rakan mereka lari meninggalkan asrama.........


@@@Kehilangan mereka hanya disedari oleh warden asrama berkenaan setelah pemeriksaan dilakukan di bilik-bilik asrama mereka pada jam 8 pagi. Kehilangan mereka menggemparkan pihak sekolah dan usaha mencari dilakukan di sekitar kawasan sekolah.
Usaha pencarian awal ini akhirnya menemui 16 orang pelajar anak Orang Asli berkenaan pada jam 6 petang hari yang sama manakala 7 orang yang lain dilaporkan meneruskan perjalanan mereka kehutan untuk pulang kekampung mereka.....

Disinilah titik tolak kepada kehilangan Mirsudiar Aluj, Norieen Yaakob, Sasa Sobrie, Juvina David, Ika Ayel, Haikal Yaakob dan Linda Rosli. Kehilangan mereka ini pantas menarik reaksi pihak sekolah dan perkara ini segera diberitahu kepada penduduk kampung sekitar sekolah pada malam kejadian. Usaha pencarian dilakukan pada malam itu juga didalam kawasan lingkungan seluas 1 Kilometer dari kawasan sekolah.


Namun, usaha ini menemui jalan buntu sehinggalah pihak sekolah menghubungi pihak berkuasa dimana usaha pencarian bersepadu mula dijalankan oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat bermula pada 25 Ogos di kawasan lingkungan yang sama......

@@@Dalam pada itu, Datuk Mazlan Lazim juga mendedahkan bagaimana penemuan mayat Sasa Sobrie memberikan petunjuk jelas pada pihak penyelamat dimana lokasi kanak-kanak yang lain. Menurut beliau, Sasa menemui ajalnya ketika tidur di atas batu sebelum mayatnya dihanyutkan oleh arus sungai dan tersangkut kira-kira 1,000 meter dari penemuan 2 lagi mayat dan 2 mangsa yang terselamat.....

@@@Setakat hari ini, menurut beliau, hasil bedah siasat terhadap keempat empat mayat berkenaan berpunca daripada kebuluran melampau selain lemas disungai. Menurut beliau, kanak-kanak yang terselamat berkenaan sebenarnya mengetahui usaha pencarian yang dilakukan oleh pasukan mencari dan menyelamat sejak hari kehilangan mereka dilaporkan.
images (11)

@@@Namun perasaan bimbang akan dihukum membuatkan mereka terus menyorok di lokasi penemuan mereka, kira-kira 48 hari selepas kehilangan mereka dilaporkan. Setelah 5 hari menyorok dilokasi berkenaan, usaha mereka untuk mendedahkan tempat persembunyian mereka terhalang akibat kelaparan dan kehilangan tenaga sehinggalah Haikal Yaakob meninggal dunia akibat lemas dihanyutkan sungai.....

@@@Malangnya, setelah 4 orang kakak-kakak Haikal telah “pulang” kerumah masing-masing, Haikal masih terus hilang sehinggalah artikel ini ditulis. Dialah yang pertama dan dialah yang terakhir sekali pulang…






sumber >http://beritasangathangat.blogspot.my/

0 Response to "BONGKAR!!! Bukan 7 Tetapi 25 Orang Anak Orang Asli Yang Hilang Pada 23 Ogos Lalu"

Post a Comment