" Selepas 4 Jam, Apa-Apa Rawatan Pun Tak Ada.." - Luahan Rasa Faizal Ahmad

@@@@Berikutan tersebar sekeping gambar yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook bernama Faizal Ahmad di laman sosial yang meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan servis sebuah Hospital di Pulau Pinang yang mengabaikannya selama 4 jam dengan hanya memberi ubat tahan sakit..........

@@@@Beliau telah memuatnaik gambar tangan yang bengkak dipatuk ular ke laman Facebook milik Siakapkeli di mana ia menjadi perhatian 'likers'.............



@@@Bagaimanapun pos berkenaan telah diturunkan semula oleh beliau selepas kami sudah tidak dapat mengesan semula pos berkenaan............

@@@Kerana sudah menjadi viral, seorang doktor bernama Doktor Abdul Rahman Abdul Kadir yang merupakan pakar dalam kes berkenaan telah tampil menjawab mengenai perkara ini...........

@@@Beliau dalam tulisannya di laman Facebook memberitahu ia adalah standard S.O.P dan tidak semua jenis gigitan ular merupakan kes kecemasan dan akan dirawat oleh Pakar Perubatan..........

Berikut adalah tulisan dan penerangan beliau...........




Saya terpanggil menjawab isu ini kerana ia semakin viral di media sosial.............

Setiap gigitan ular adalah merupakan kes kecemasan dan akan dirawat oleh Pakar Perubatan Kecemasan yang mana saya adalah salah seorang daripadanya.........

Beberapa fakta yang masyarakat perlu tahu:

1. Hanya 18 daripada 140 spesies ular darat di Malaysia yang berbisa................

2. Jika sekalipun anda digigit oleh ular yang berbisa, tidak semestinya ia menyebabkan kemudaratan pada nyawa kerana majoriti gigitan ular adalah 'dry bites' (patuk dan lari).

3. Majoriti kes gigitan ular, mangsa gagal mengecam spesies ular secara pasti. Juga, banyak spesies ular yg kelihatan seperti ular berbisa tetapi hakikatnya ia tidak berbisa.

4. Tidak semua gigitan ular akan dirawat dengan ubat antivenom.

5. Antivenom mempunyai kadar alahan/anaphylaxis yang tinggi hingga boleh menyebabkan kematian!

6. Pemberian antivenom perlu mematuhi kriteria envenomation ketat yang telah ditetapkan oleh pakar2 dunia.

7. Sungguhpun pesakit ini berada di Hospital Kepala Batas hatta terpencil seperti Hospital Bario di Sarawak sekalipun, setiap kes gigitan ular akan dirujuk kepada Pakar Perubatan Kecemasan atas panggilan (on call) negeri masing2.

8. Pesakit akan di observe untuk melihat tanda2 bisa yang merebak (systemic and local envenomation) dengan teliti. Sangkaan bahawa hanya ubat tahan sakit saja diberikan dan pesakit terbiar adalah sama sekali tidak benar dan mustahil kerana sudah ada protokol spesifik yg ditetapkan apabila menghadapi kes gigitan ular.

9. Masyarakat cuma lihat seolah2 pesakit terbiar dan kakitangan hospital kunyah kuaci (seperti tertulis di dalam status) sedangkan pesakit sudahpun melalui perkara2 berikut:

a) di masukkan di dalam zon semi-kritikal atau kritikal (bergantung kepada keseriusan kesan gigitan) utk tujuan penilaian dan rawatan.

b) dilihat oleh doktor, dipantau dan diperiksa dengan teliti bagi melihat jika pesakit mempunyai manifestasi neurotoxicity, hematotoxicity mahupun myotoxicity yang mungkin memerlukan rawatan agresif.

c) ujian darah sudah diambil dan dihantar ke makmal dan akan dilakukan pengulangan bersiri.

d) kesan patukan sudah dicuci dan ditanda bagi melihat jika bengkaknya semakin merebak. Di dalam gambar jelas kelihatan kesan bengkak sudah ditanda A, B dan C yang merupakan bukti pemantauan mengikut protokol sudah dilakukan oleh Hospital Kepala Batas.

e) konsultasi secara langsung telah dilakukan dengan Pakar Perubatan Kecemasan atas panggilan dan strategi langkah rawatan selanjutnya akan dirangka oleh pakar serta akan dilaksanakan oleh pegawai perubatan secara sistematik dan selamat............

f) rawatan antivenom boleh diberikan sekiranya ada indikasi jelas (systemic and severe local envenomation) dan jenis antivenom akan ditentukan oleh Pakar Perubatan Kecemasan secara amat berhati2. Ini adalah kerana rawatan antivenom itu sendiri mempunyai risiko komplikasi yang amat tinggi!!!!

10. Oleh itu berhati2 sebelum meviralkan sesuatu yang anda tidak tahu. Serahkan kepada orang yang ahli dalam bidang tersebut. Dalam kes ini, sudah semestinya ahlinya adalah doktor2 yang bekerja di jabatan kecemasan yang melihat kes-kes seperti ini saban hari...........

11. Nabi berpesan berhati2 dengan golongan Ruwaibidhah. Nabi sebut dalam hadis;
"Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur malah didustakan, pengkhianat dipercaya sedangkan orang yang amanah justeru dianggap sebagai pengkhianat. Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara.”

Ada yang bertanya, “Apa yang dimaksud Ruwaibidhah?”. Beliau menjawab, “Orang BODOH yang turut campur dalam urusan masyarakat luas.”
(HR. Ibnu Majah, disahihkan al-Albani dalam as-Shahihah [1887] as-Syamilah)...............

12. Semoga semua makian dan cacian yang dilemparkan kepada para perawat dan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia tanpa asas seperti ini digantikan dengan kebaikan dan pahala yang besar buat mereka.........

13. Semoga para pemviral dan pemaki hamun diberi hidayah oleh Allah dan diberikan sedikit kecerdikan supaya mereka berhenti menjadi golongan Ruwaibidhah yang hanya mengumpul dosa.
Harap bermanfaat...........

sumber >http://artiselebriti.blogspot.my/

0 Response to "" Selepas 4 Jam, Apa-Apa Rawatan Pun Tak Ada.." - Luahan Rasa Faizal Ahmad"

Post a Comment