"Hari ini, saya mengumpulkan keberanian untuk berkongsi salah satu rahsia saya..." - Kisah Lelaki Cina Dan Gadis Melayu
## SEKILAS PANDANG: Sudah diketahui umum yang hubungan kaum di negara kita di masa lepas lebih baik berbanding kini...
Tiada orang seperti Ali Tinju dan Jamal Md Yun0s, yang mencetuskan api perkauman dengan kenyataan-kenyataan mereka, dan terlepas daripada dikenakan tindakan yang menjadi satu kebiasaan hari ini....
Kita mungkin boleh berpura-pura yang semuanya masih elok, tetapi hakikatnya, ketegangan sudah memuncak, di bawah pemerintahan Umn0 Baru....
Nasib baiklah, masih ada manusia yang tidak memandang warna kulit, kaum, agama dan bangsa, dan mengutamakan kemanusiaan mereka....
Stanley Yeong ialah salah seorang daripada mereka...
Yeong baru-baru ini berkongsi pengalamannya membesarkan anak angkat perempuannya beragama Islam sejak berusia sembilan tahun...
Gadis itu kini sudah berkahwin....
Catatan itu, yang dimuatnaik melalui akaun Faceb0oknya baru-baru ini, dimulakan dengan kata-kata “Hari ini, saya mengumpulkan keberanian untuk berkongsi salah satu rahsia saya....
“Lawatan yang saya tunggu-tunggu dari anak angkat perempuan saya Hayati Abdullah, suami dan ibubapa mertuanya dari Kelantan....
“Perjalanan yang terlalu jauh untuk Yati. Tragedi berlaku apabila Yati kehilangan kedua ibubapanya dalam kemalangan jalanraya sewaktu dia berusia sembilan tahun....
“Arwah ayahnya, Sudin merupakan pembantu saya sewaktu saya menjalankan projek membekalkan bekalan air mentah dari sungai Jerantut ke Taman Negara lama dahulu,” tulisnya...
Dalam menjaga Yati, Ye0ng menitikberatkan kesejahteraan, kebajikan dan kewangannya.
“Penjagaan dirinya dan pendidikan merupakan keutamaan....
“Apabila dia mencecah umur 12 tahun, kami mengalami kesukaran untuk mendapatkan kad pengenalan untuknya kerana ibubapanya tidak pernah mendaftarkan kelahiranya. Dengan pertolongan seorang kawan pegawai kanan p0lis di Tumpat dan ketua kampung, kami mengambil masa dua tahun untuk mendaftar dengan nama Hayati binti Abdullah,” tulisnya lagi...
Kini, Yati sudah berkahwin dan menguruskan perniagaan katering dengan mertuanya di Kota Bharu, Kelantan...
“Saya mengambil masa yang lama sebelum memutuskan untuk berk0ngsi rahsia saya. Saya fikir yang saya patut ceritakan dan memandangkan Yati ada bersama, saya boleh menulis cerita supaya orang boleh baca dan ini akan menggalakan mereka dan tersentuh untuk mengikut tindakan saya.
“ Ia akan melahirkan pemikiran dan perubahan yang positif dalam persekitaran semasa yang tegang dihadapi Malaysia dengan pandangan pelampau yang mengancam keamanan dan keharmonian negara...
Dia menyuarakan harapan supaya mereka yang membaca catatan ini akan tergerak untuk berbuat baik dengan semua orang tanpa mengira kaum....
“Dalam kemanusian, kita buta warna. Kita tidak melihat agama atau budaya mereka. Kita semua dicipta oleh Tuhan. Maka kerana itu, marilah menyemai kebaikan dan persahabatan antara kaum dan membenarkan luka kita untuk sembuh, supaya keamanan dan keharmonian akan terus wujud....
Kisah yang sangat mengharukan. Catatan itu, yang dimuatnaik hujung bulan lepas, telah dikongsi hampir 400 kali....
Dia sememangnya layak untuk mendapat lebih banyak pengiktirafan dan pujian untuk tindakannya...
Yeong tidak mempunyai tanggungjawab untuk menjaga Yati apabila ibubapanya meninggal...
Dia b0leh membiarkan perbezaan kaum menjadi penghalang dan biarkan Yati dimasukan ke dalam rumah anak yatim atau rumah saudara mara ibubapanya....
Tetapi, sikap kemanusiannya lebih kuat dan dia menjaga sendiri anak yatim piatu itu, sehingga gadiss itu cukup dewasa untuk menjaga dirinya sendiri....
Malah, Ye0ng tidak mempublisitikan tindakannya bertahun lamanya, sehingga dia merasakan ada keperluan untuk memberitahu semua orang. Kerana itu, dia layak menerima ucapan syabas dari semua rakyat Malaysia yang mencintai keamanan...
Masa yang sangat sesuai, kerana rakyat Malaysia perlu diingatkan tentang keberadaan kita bersama-sama, dan akan terus bersama- pelampau-pelampau boleh kita singkirkan....
Setiap kamu menggelarkan negara ini tanah air mereka, membentuk pasak yang mengikat dan menggerakan negara sehingga hari ini. Sekiranya satu kaum lain mahu menyingkirkan kaum lain seperti memotong kaki sebuah meja- semuanya akan runtuh....
Kerana itu, marilah kita mengh0rmati dan meraikan apa yang kita ada serta berjuang mengekalkan keamanan yang kita ada kini....
Sumber : http://beritasangathangat.blogspot.my/
0 Response to ""Hari ini, saya mengumpulkan keberanian untuk berkongsi salah satu rahsia saya..." - Kisah Lelaki Cina Dan Gadis Melayu"
Post a Comment