## Penyanyi Adira memberitahu sikap pengikut Instagram yang keterlaluan dengan mengejeknya sebagai hantu dan mendoakan keburukan dia membuatkan ibunya iaitu Rujinah Sarungin terguris hati. Adira berkata, kebanyakkan meraka tidak sensitif dan memikirkan perasaan orang lain sebelum meninggalkan sebarang komen biarpun dengan niat untuk bergurau...
“Mereka memang selalu ejek saya hantu di Instagram, saya tidak kisah dan peduli sehingga pada minggu lalu ibu saya telefon dan menegur tentang perkara itu....
“Dia sungguh sedih apabila mereka menulis begitu biarpun hanya untuk bergurau. Lebih teruk ada yang mendoakan agar saya tidak boleh berjalan pada satu gambar di Instagram,” ujarnya kepada mStar Online....

Kata Adira, dia membalas komen itu bukan berniat untuk bergaduh dengan pengikutnya, namun ingin memberi kesedaran tentang perasaan ibunya yang terasa hati dengan tulisan berkenaan....
“Saya jarang balas komen-komen di Instagram, namun bila ibu saya menangis dan sedih saya jadi marah dan ingin mereka tahu perkara itu tidak sepatutnya berlaku....
“Kalau seorang dua sahaja tidak mengapa, ini tidak… mereka tag kawan-kawan yang lain supaya meninggalkan komen yang buruk-buruk pada gambar saya itu,” ujarnya.....
.
Sumber : http://sensasimalaysia.com/
0 Response to "PEDASS!! "MACAM HANTU PUTEHH.. MACAM AHLI SIHIR.." - Luahan SAYU Adira, Ibu Terguris Hati.."
Post a Comment